Tarikh Vaksin Sama Dengan Tarikh Nikah!!! "Cepat Abang, Kadi Dah Tunggu"

 


Sabah Troll: Kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan memakai kostum dan pakaian yang menarik tumpuan ramai. Namun berbeza dengan pasangan ini apabila mereka hadir dengan pakaian pengantin.

Pasangan ini sebenarnya menerima tarikh vaksin yang sama dengan hari pernikahan mereka. Pasangan ini tiba di PPV itu lengkap dengan pakaian pengantin untuk menerima suntikan vaksin terlebih dahulu. Mereka dilihat dalam keadaan yang tergesa-gesa dan segera bergerak ke stesen yang seterusnya untuk melengkapkan prosedur menerima vaksin itu.

Kemunculan pengantin ini  menarik perhatian orang ramai di pusat pemberian vaksin itu. Dikhabarkan, pasangan ini selamat dinikahkan sejurus selepas menerima suntikan vaksin mereka di pusat pemberian vaksin tersebut. Dos Kedua akan diberikan pada malam hari huhuhu.

Penulis: KN / Editor : https://www.facebook.com/SabahTroll5754

JANGAN LUPA FOLLOW YA GUYS support orang Sabah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bangga! Dapur Gas Karya Anak Bangsa ini Super Jimat semasa PKP!!

Agar Pemandu Tidak Mengantuk, Rakyat Sabah Membuat Lukisan 3D di Jalan Raya Seakan-akan Asli